Sunday, October 25

baju kurung dan biology.....

Dah tak lama lagi dah sebelum kami masuk ke dewan peperiksaan untuk mengambil ujian SPM lebih kurang dalam 23 hari lagi. Sambil membelek buku Bio, lagu di youtube dimainkan. Lagu fav aku sekarang ialah Hujan Bunga Di Kuala Lumpur by Cik Ana Raffalia yang cukup terkenal mempersembahkan karya dia dengan memakai baju kurung atau kebaya. Lagu dia yang agak mellow dan slow membolehkan aku belajar tanpa menghilangkan konsentrasi aku. Ok la, maybe a bit ader la terlayang sekali dengan lagu dia.

Sambil menelaah buku, masih sempat lagi untuk aku mengupdatekan blog ini walaupun pernah mengatakan bahawa aku tidak akan mengupdatekannya untuk masa yang agak lama sehingga habis SPM aku yang semestinya aku tidak buat preparation yang secukupnya. ;)

Selain itu, aku juga sekarang melayan lagu2 dari band Pesawat seperti Excuse Me, Mirage dan Rasional Emosional sambil tergolek2 atas katil baca buku. Sesungguhnya music dan diriku tidak dapat dipisahkan dalam lingkungan masa yang terdekat. Apa2 hal pun marilah kita layan lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur

0 Comments:

Post a Comment