Friday, July 3

Rezeki Aku

Setelah bermcmcm kutuk serapah terhadap pihak TMNUT, akhirnya salah seorang wali mereka telah datang ke rumah ku untuk membetulkan kembali keadaan screamyx berukband di rumah ku ini yang sedang nazak, dan hanya nyawa-nyawa ikan.

tidak perlu aku terangkan apa masalah nya, rmai juga rakan-rakan ku mengalami masalah hingga ade untuk sementara waktu tidak boleh untuk online, kesian, akan tetapi aku trus takboleh nak online.

hingga suatu ketika sedang aku beristirehat menenangkan jiwa raga yang memberontak untuk online, aku didatangi van putih. aku sungguh takut, kelajuan van itu semakin perlahan dan perlahan hingga pemandu van itu menyapa. Aku sedar, itu van TMNUT rupenya, dia datang untuk baiki line tenet di rumah ku.

Sebaik sahaja dia menghampiri komputer ku yang sedikit berhabuk, wali TMNUT tuh lalu bertanya kepada ku, 'apa masalah ni?', dia berkata dalam pelat cina nya.

aku memberitahu, line tenet ku putus2, kadangkala hingga tkbley nk online terus, Cina itu lalu terus wat speed test dengan menggunakan laptop dye yang besar gedabak dan lebar itu, dia mmbuat smbungan terhadap komputer ku.

Selepas selesai dia wat speed test dia ckap tiada masalah, line tenet ku laju, dan dia bertanya lagi, 'Lu bulan2 bayar brape?'. Aku jawab dalam Rm60 je dengan keadaan bershaja.

Elok aku ckp mcm tuh, Cina tuh berasa hairan dan sugguh terkejut bila aku berkata begitu, dia bertanya kepada ku sekali lagi dan aku menjwab dengan penuh yakin dengan jawapan yang sama.

Lalu dia dengan muka kehairanan, berkata selalu kalau bayar RM60 dpt speed line dlm 384kb je, akan tetapi bila dia cek speed line aku dlm 2Mb. HAHA!

Dia cakap kemungkinan speed sepatut aku trime dlm 384kb je tapi aku telah melebihi hingga 2Mb, menyebabkan line tenet umah ku selalu putus-putus.

Cina tuh berkata dia try fix kan, kalau minggu dpn still same kol dia, dia pown blah dengan kehairanan kerana takpernah tgk line tenet dpt sebegitu banyak sekali, sebab dia berkata selalu klu orang line 384kb macam aku neh, sepatut dpt dlm 1Mb kalau plg bnyk pown. Tapi aku sampai 2Mb.

Kesian aku tgk Cina tuh blah dengan pelbagai tanda tanya, untuk pengetahuan Cina tuh, aku sebenar telah ubah line bagi tuh hingga tahap paling maximum bley aku dpt dari TMNUT itu, aku pernah mencuba tetapi paling max aku dapat 2Mb di sebabkan aku bayar pown untuk line 384kb shaja.

kira berbaloi juga bayar Rm60 untuk dpat line 2Mb sepatutnya bayar dlm Rm188 kepada TMNUT, maaflah kerana TMNUT telah tertipu dan tidak sedar akan ini, aku pun masih dalam belajar, aku pun mencuba dan berjaya aku peroleh kelajuan sebenar yang dapat aku buatkan.

Aku juga telah berjaya jumpe penyelesaian tentang line tenet putus-putus disebabkan line aku terima ni exceed dari speed sepatut aku terima, aku hanya perlu menukar modem lain, dan bukanlah menggunakan modem yang di beri oleh pihak TMNUT.

Selepas ini, aku akan menukar modem baru, yang akan menjayakan aku lagi untuk mencapai lebih laju lagi line tenet dengan hanya membyar kadar serendah RM60 untuk dapat kelajuan melebihi daripada itu.

kepada Cina itu juga, jangan berasa hairan, kerana anda tidak tahu cara untuk menghindarnya sehingga anda selongkar seluruh folder dlm komputer ku ini.

Dengan itu, saya saran kan tidak perlulah anda bayar sehingga beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan kelajuan yang tidak seberapa, tetapi cukup bayar dengan RM60 anda dapat kelajuan seperti anda membyar harga beratus-ratus.

Akhir kata TMNUT still NUT! ahaha! kepada anda ingin dapatkan kelajuan maximum line speed, bergantung juga kepada kawasan rumah anda, beruntung juga kawasan rumah ku ini, dapat line yang maximum deh!

Aku hanya perlukan modem baru, oh aku perlu start kumpul duit dengan lebih banyak lagi!

0 Comments:

Post a Comment