Saturday, June 13

Berambus KAU dalam hidup aku!

Luahan perasaan yang sebenar, oleh itu, bahasa baku digunakan. Aku tidak perlukan kau lagi!

Nak di kata payah, taknak dikatakan pown juga payah.

Itulah hakikat yang berlaku sekarang. Bukan aku orang yang pertama mengalami macam ni, dan aku juga bukan orang yang terakhir juga mengalami sedemikian ini juga. Aku tidak pernah sekali untuk meminta begitu, bah kan tidak juga pernah meminta sebegini mungkin. Jangan salah kan aku kalau aku tidak berbuat demikian, sebab itu bukan kehendak aku.

Seperti kau tahu, aku tidak mempunyai masa yang begitu lama untuk bersama kau, malahkan lagi apabila aku hendak luangkan masa bersama kau. Kau perlu terima hakikat ini, bukan kehendak kau, dan juga bukan kehendak aku, mungkin masa yang menentukan antara kita.

Kau juga tidak mahu keadaan macam ini kan? Aku juga, tapi kau terima je lah hakikat memang aku tidak mahu kau! Aku sudah bosan ngan kau! Cukup lah dengan apa yang aku sudah ada, aku tidak mahu tambahkan lagi beban aku. Aku sudah jelik dengan kau. Setiap kali aku memandang kau, perasaan benci aku semakin membuak-buak, hingga kan perasaan marah aku meluap-luap sehingga aku sanggup membeli aiskrim untuk mengurangkan perasaan marah. Sudahlah, aku sudah menyampah tengok kau lagi! Kau boleh blah dari hidup aku laa!

Aku betol-betol menyampah apabila kehadiran kau dalam hidup aku, menambahkan lagi kesengsaraan hiudp aku, jiwa aku terseksa, aku sering mengalami pelbagai masalah, dalam keadaan itu juga aku tetap cuba mencari jalan penyelesaian tetapi kau masih lagi menambahkan lagi masalah apabila aku sedang mencuba menyelesaikan masalah. Mengapa? Kenapa kau buat aku begini? Pernah kau tahu kehadiran kau begitu menyeksakan hidup aku, cukup la aku sengsara selama ini.

Memang selama ini aku cuma diamkan sahaja, diam tidak bermakna aku setuju dengan kau. Tapi kau juga tahu setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing, akan tetapi kau telah membuat aku hilang sabar apabila aku bersama kau! Cukuplah, baik kau pergi dari hidup aku! Aku tidak perlukan kau lagi! Aku mahu hidup lebih selesa dan tenang tanpa ada sebarang masalah yang selalu kau berikan.

Aku tulis di sini bukanlah untuk mengungkit semuanya, aku juga tahu kau mungkin tidak membaca apa yang aku tuliskan, tapi kalau kau membacanya pada saat ketika ini, aku harap kau sedar, kau tidak membuat aku hidup bahagia, kau lebih wat aku sengsara.

Aku tahu kita sudah lama bersama, tapi selama itu juga aku terseksa jiwa dan raga aku akan dengan kau! Aku harap kau sedar akan tersebut. Baik kau pergi jauh dari aku, aku tidak mahu melihat kau lagi, walau aku tahu kau akan juga cuba untuk hadir dalam diri aku pada kemudian hari nanti.

Tapi pada masa ini, bagi la aku ruang dan waktu untuk aku, aku tidak mahu kehadiran kau membebankan aku yang MEMANG sudah dibeban dengan pelbagai MASALAH kau! Aku tahu, ramai orang yang membaca tulisan aku ini, tapi apa aku peduli, biarkan semua orang tahu yang kau memang membawa macamacam masalah kepada aku, biar orang semua tahu dan aku juga tidak mahu orang lain akan terseksa dan sengsara seperti aku kerana kau!

Cukup baik lah aku tidak mencarut-carut pada kau, dan aku lebih suka kau sedar kehadiran kau memang menyebabkan hidup aku lebih huru-hara dan tidak tenteram, dengan kehadiran kau juga aku tidak pernah tenang walau sekali pun.

Jikalau kau membaca ini, aku harap kau tahu segala masalah yang telah kau berikan pada aku, dan kau juga lekas BERAMBUS DARI HIDUP AKU!

Akan tetapi jikalau kau tidak membaca tulisan aku ini, aku harap kau tahu bahawa kau itu bukanlah sesuatu yang istimewa untuk aku lagi.

Masih aku ingat waktu pertama kita bertemu, aku memang suka akan kau, kau ceriakan hidup aku, tapi aku silap membuat caturan, kau bukanlah sebenarnya membuat aku ceria, tetapi sebaliknya. Mungkin dulu kita boleh luangkan masa bersama, tetapi sekarang tidak lagi, kita sudah tidak sesuai, semakin lama kita bersama semakin sengsara hidup aku! Pergi kau!

Sampai disini sahaja tulisan aku untuk menyedarkan kau dan aku memang tidak mahu lagi dibebani dengan pelbagai masalah disebabkan dengan kau. Aku berharap, selepas ini kau tidak lagi hadir dalam hidup aku!









AKU BENCI KAU HOMEWORK!

5 Comments:

  1. Azahari Rahim said...
    homework homework
    haish.. ;D
    cian kaw. HAHA
    Georgian Clan said...
    byk gle hw,

    chem je da ckup sakit ati,

    admath agy,

    aduhhh
    tk said...
    ahahaha doi adoi igtkan paeee la td -.-
    Georgian Clan said...
    len kali bace smpai abes!

    hehe ;)
    Nadnod Azizan said...
    aku dh agak... naseb baek aku scroll laju2 skit :D

Post a Comment